Bab Larangan Berharap Kematian Karena Musibah
٢ – بَاب النَّهْي عَن تمني الْمَوْت وَالدُّعَاء بِهِ لضر ينزل بِهِ فِي المَال والجسد
Bab Larangan Mengharap Kematian dan Berdo’a kepada kematian disebabkan musibah yang Menimpa dalam Harta dan Jasad
١ – أخرج الشَّيْخَانِ عَن أنس قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لَا يتمنين أحدكُم الْمَوْت لضر نزل بِهِ فَإِن كَانَ لَا بُد متمنيا فَلْيقل اللَّهُمَّ أحيني مَا كَانَت الْحَيَاة خيرا لي وتوفني إِذا كَانَت الْوَفَاة خيرا لي
Asy-Syaikhan (al-Bukhari dan Muslim) meriwayatkan hadis dari Anas ra. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Salah seorang di antara kalian tidak layak mengharapkan kematian kerana musibah yang menimpanya. Seandainya terpaksa mengharapkan kematian, hendaklah dia mengatakan, ‘Ya Allah, biarkanlah aku tetap hidup jika hidup itu lebih baik bagiku, tetapi matikanlah aku jika kematian itu lebih baik bagiku.”
٢ – وَأخرج مُسلم عَن أبي هُرَيْرَة قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لَا يتمنين أحدكُم الْمَوْت وَلَا يدع بِهِ من قبل أَن يَأْتِيهِ إِنَّه إِذا مَاتَ أحدكُم إنقطع عمله وَإنَّهُ لَا يزِيد الْمُؤمن من عمره إِلَّا خيرا
(Hadis riwayat Syaikhan) Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak boleh salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian, tidak juga berdoa agar segera mati sebelum kematian itu menjemputnya. Ketahuilah, sesungguhnya apabila salah seorang di antara kalian meninggal, terputuslah amalnya. Sesungguhnya seorang mukmin tidak bertambah umurnya kecuali hal itu akan menjadi baik baginya.
(Hadis riwayat Muslim)
٣ – وَأخرج البُخَارِيّ وَالنَّسَائِيّ عَن أبي هُرَيْرَة قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لَا يتمنين أحدكُم الْمَوْت إِمَّا محسنا فَلَعَلَّهُ أَن يزْدَاد وَإِمَّا مسيئا فَلَعَلَّهُ أَن يستعتب
قَالَ فِي الصِّحَاح أعتبني فلَان إِذا عَاد إِلَى مسرتي رَاجعا عَن الْإِسَاءَة واستعتب وأعتب بِمَعْنى
Masih dari Abu Hurairah r.a., beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tidak boleh salah seorang di antara kalian mengharapkan kematian. Sebab jika dia seorang yang baik, dia mungkin akan bertambah baik. Jika dia seorang yang jahat, mungkin dia akan meninggalkan kejahatan itu.”
(Hadis riwayat al-Bukhari dan an-Nasa’i)
٤ – وَأخرج أَحْمد وَالْبَزَّار وَأَبُو يعلى وَالْحَاكِم وَالْبَيْهَقِيّ فِي شعب الْإِيمَان عَن جَابر بن عبد الله قَالَ قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم لَا تمنوا الْمَوْت فَإِن هول المطلع شَدِيد وَإِن من السَّعَادَة أَن يطول عمر الْمَرْء حَتَّى يرزقه الله الْإِنَابَة
قَالَ فِي النِّهَايَة المطلع بِالتَّشْدِيدِ مَكَان الإطلاع من مَوضِع عَال وَالْمرَاد بِهِ هَا هُنَا مَا يشرف عَلَيْهِ من أَمر الْآخِرَة عقيب الْمَوْت تَشْبِيها بالمطلع الَّذِي يشرف عَلَيْهِ من مَوضِع عَال
Sedangkan Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya’la, al-Hakim dan al-Baihaqi meriwayatkan hadis dari Jabir ibn ‘Abdillah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kalian mengharapkan kematian kerana sesungguhnya tempat pengawasan adalah lebih menakutkan. Sesungguhnya di antara kebahagiaan bagi seseorang adalah panjangnya usia sehingga Allah memberikan kepadanya kesempatan untuk bertaubat.”
Al-Muttala’ adalah suatu tempat yang tinggi untuk melakukan pengawasan. Maksud dari kalimah tersebut adalah diawasinya semua urusan akhirat setelah kematian, yang diserupakan dengan tempat tinggi yang digunakan untuk melakukan pengawasan
٥ – وَأخرج الشَّيْخَانِ عَن أنس قَالَ لَوْلَا أَن رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم نَهَانَا أَن نتمنى الْمَوْت لتمنيناه
Anas r.a. berkata,“Kalaulah Rasulullah s.a.w.tidak melarang kami mengharapkan kematian, pasti kami akan mengharapkannya.”
(Hadis riwayat Syaikhan) Qais ibn Abi Hazim berkata, “Kami pernah datang mengunjungi Khubab yang saat itu hendak membakar diri dengan tujuh kali bakaran. Dia lalu berkata, “Seandainya Nabi s.a.w. tidak melarang kita berdoa untuk memohon kematian, nescaya aku akan melakukannya?”
Diterjemahkan dari Kitab Syarhush Shudur bihalil Mauta Wal Qubur halaman
(Materi Kajian Kultum Setiap Senin Ba’da Shubuh di Masjid Al-Muhajirin Komplek Taruna Parahyangan)
Bersama : Ustadz Kurnia Lirahmat
(Pengasuh Pesantren MAQI)